mencari cara dan cari tahuRasulullah S.a.w. bersabda: “Gopoh-gapah itu dari amalan
syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala” Riwayat Abu Ya’la dan
Al-Baihaqi daripada Anas r.a.. Sanadnya hasan
Daripada Sahl Bin Sa’ad RA, Rasulullah S.a.w bersabda : “
Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan.” Hadith Riwayat Tirmizi
Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya
sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut
dan tenang.” Hadith Riwayat Muslim.
Sifat terburu-buru yang tidak elok ialah apabila ianya
mengundang kesusahan dan keburukan kepada diri sendiri dan orang lain. Biasanya
ia disebabkan oleh sifat tidak sabar, emosi, lekas marah, malas, tamak dan
seumpamanya.
Firman Allah S.w.t yang bermaksud, “Manusia telah dijadikan
(bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda
(azab)-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.”
Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 37
Walaubagaimana pun, bersikap tenang tidak semestinya
sehingga menjadi terlalu lambat dan lembab dalam membuat sesuatu. Tetapi kadar
pertengahan itu adalah yang terbaik, sesuai dengan hadith nabi yang bermaksud ,
“Sebaik-baik perkara adalah pertengahannya”. Hadith Riwayat AlBaihaqi
Maka untuk mencari ukuran terbaik bagaimana sifat yang harus
kita contohi, sudah tentulah ada pada diri Nabi Muhammad S.a.w. dan para
sahabatnya. Firman Allah S.w.t yang bermaksud , “Sesungguhnya telah ada pada
(diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (Iaitu) bagi orang yang
mengharap (rahmat) Allah dan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” Surah
Al Ahzaab : Ayat 21
No comments:
Post a Comment